Bersyukur
ke hadrat kerana penulis dapat
menyiapkan tugasan BMM3053 iaitu kursus Pembelajaran berbantukan Komputer mengikut masa yang ditetapkan. Terima kasih juga kepada pensyarah bimbingan untuk tugasan kali ini iaitu Encik Sahidani bin Dani yang banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu saya memahami kehendak tugasan ini. Tugasan kali ini menuntut pelatih menggunakan teknologi malumat seperti menggunakan internet, membina laman web, tapak pembelajaran dan sebagainya untuk menyediakan para pelatih menghadapi cabaran globalisasi dalam bidang pendidikan.
.
KELEBIHAN
Kelebihan yang penulis dapat hasil
daripada tugasan ini ialah bertambahnya ilmu seperti pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah. Sememangnya kursus ini memberikan kesan yang positif kepada diri penulis kerana kesemua input yang dipelajari dan dikuasai dapat digunakan pada masa hadapan khususnya di sekolah nanti.
Kemahiran-kemahiran teknologi yang asas seperti penyimpanan maklumat yang dipelajari dapat membentuk diri penulis menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan sesebuah bahan pengajaran seperti membina tapak pembelajaran dan sebagainya. Selain itu, penulis juga lebih mahir mencari bahan dan maklumat berkaitan tugasan menggunakan enjin pencari seperti Yahoo, Mozila Explore dan banyak lagi enjin pencari yang lain.
Tugasan yang disiapkan mengikut minggu ini menyedarkan penulis mengenai kepentingan penggunaan teknologi yang digunakan dalam pengajaran terutamanya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Murid lebih tertarik untuk mengikuti pembelajaran yang ada unsur teknologi kerana tidak membosankan.
Di samping itu, melalui tugasan ini, penulis dapat memantapkan lagi kemahiran-kemahiran yang sudah dipelajari seperti penggunaan power point untuk membina tapak pembelajaran. Penerokaan terhadap perisian-perisian seperti ini dapat membantu saya mencipta contoh bahan pengajaran dengan lebih lancar dan kreatif.
Tugasan ini banyak memberikan penulis pengalaman mengenai pengunaan teknologi yang amat dituntut penggunaannya pada masa kini untuk menyahut cabaran Wawasan 2020 yang inginkan Malaysia bergerak ke negara maju. Bagi penulis, pengalaman berharga seperti ini menjadi kelebihan kepada diri penulis kerana berjaya menguasai kemahiran-kemahiran dalam penggunaan teknologi ini.
KEKANGAN
Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menghadapi kekangan iaitu dari segi mendapatkan rangkaian internet di kawasan IPG Kampus Keningau. Apabila tugas mingguan diberikan, penulis terpaksa menunggu lama untuk mencari bahan maklumat kerana liputan internet yang kurang memuaskan.
Selain itu juga, ada laman-laman pendidikan yang disekat dan penulis tidak dapat mencapai maklumat tersbut. Sekatan ke atas bahan-bahan maklumat pendidikan ini menyebabkan maklumat yang dicapai adalah terhad sekaligus membawa impak kepada tugasan mingguan.

PENAMBAHBAIKAN
Sebagai penambahbaikan untuk tugasan
akan datang, penulis perlu menambah ilmu pengetahuan berkaitan tugasan untuk
mendapatkan pemahaman yang tinggi dan menyeluruh agar prsembahan isi tugasan lebih matang dan relevan. Sungguhpun begitu, tidak cukup sekiranya hanya melakukan amali semasa pembelajaran sahaja, penulis perlu lebih kerap untuk melakukan penggunaan teknologi ini untuk mneroka lebih dalam agar dapat diaplikasikan pada masa hadapan kelak.
Sebagai
penutup, ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing untuk mata
pelajaran Pengajaran Berbantukan Komputer BMM3053 iaitu Encik Sahidani bin Dani dan juga
rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dalam menjayakan tugasan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan