MINGGU 4:
PEMILIHAN BAHAN INTERNET
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
- Memilih bahan sastera
- Memilih bahan tatabahasa
- Memilih bahan bidang ilmu lain
BAHAN SASTERA
BAHAN TATABAHASA
- KATA BILANGAN1. Maksud:Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.2. Contoh Kata bilanganJenis Kata BilanganContohnyaKata bilangan tentu1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilanganSatu, dua, tiga, dan seterusnyaContoh ayat: Dua ekor kambing.Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.Kata bilangan pecahan.(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.Kata bilangan pisahan.(Menunjukkan bilangan yang berpisah)Setiap, tiap-tiap.Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.Kata bilangan himpunan.(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.Kata bilangan tingkat.(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.3. Kesilapan kata bilangan:a. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakankata bilangan tentu.SALAHBETULTiga motosikal itu berjenama Honda.Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR.Seratus orang calon telah menghadiri seminar UPSR.b. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak).SALAHBETULTiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentukecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.SALAHBETULAmran membeli beberapa buku cerita.Amran membeli beberapa buah buku cerita.(Tatabahasa Dewan m.s 197)Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram.Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram.d. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.SALAHBETULKebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat kurikulum sekolah.Semua surat-surat telah dihantar kepada para tetamu.Semua surat telah dihantar kepada para tetamu.Sebahagian daripada pekerja-pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk ke negara ini secara haram.e. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.SALAHBETULKedua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai batu karang yang paling cantik di dunia.Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih mudah?Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan Bapa.f. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.SALAHBETULKetiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar negara.Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar negara.Beratus-ratus sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk pelancong dari Jepun.Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.Beribu-ribu keping cakera padat tiruan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.g. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.SALAHBETULPara-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.Para-para petugas di pameran buku sedia memberikan bantuan kepada pengunjung.*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.h. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.SALAHBETULBerbagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.Berbagai-bagai acara diadakan dalam karnival jualan murah.Tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra pekerjanya.i. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.SALAHBETULPeserta pertandingan pidato diberi masa lima buah minit sahaja.Peserta pertandingan pidato diberi masa lima minit sahaja.Beberapa buah bahagian rumah pangsa itu telah retak.Beberapa bahagian rumah pangsa itu telah retak.Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.Tiga mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di pantai.j. Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.SALAHBETULHarga daging itu lapan setengah ringgit sahaja.Harga daging itu lapan ringgit setengah sahaja.Saya menunggu awak sudah dua setengah jam.Saya menunggu awak sudah dua jam setengah.
2.KATA MAJMUK
Definisi: Proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.
Bentuk-bentuk
kata majmuk:
1.
Kata
Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contoh:
|
gambar rajah
|
kuning langsat
|
|
biru laut
|
jalan raya
|
|
luar biasa
|
merah muda
|
|
tengah hari
|
jam tangan
|
|
kapal terbang
|
nasi minyak
|
|
bandar raya
|
bom tangan
|
|
alat tulis
|
meja tulis
|
|
terima kasih
|
kipas angin
|
*kategori ini
juga termasuk gelaran
Perdana Menteri,
Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong
Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara.
2.
Kata
Majmuk berbentuk istilah khusus.
Contoh;
|
garis pusat
|
kertas kerja
|
cari gali
|
|
pita suara
|
darah panas
|
reka bentuk
|
|
model linear
|
mata pelajaran
|
kanta lekap
|
|
segi tiga
|
batu kapur
|
|
|
atur cara
|
kemas kini
|
|
3.
Kata
Majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)
Contoh:
|
kaki ayam
|
pilih kasih
|
duit kopi
|
kaki bangku
|
makan angin
|
|
buah tangan
|
manis mulut
|
anak emas
|
buah hati
|
berat tangan
|
Bentuk ejaan kata majmuk yang
telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
|
antarabangsa
|
kerjasama
|
suruhanjaya
|
|
beritahu
|
olahraga
|
tandatangan
|
|
bumiputera
|
matahari
|
tanggungjawab
|
|
jawatankuasa
|
setiausaha
|
warganegara
|
|
kakitangan
|
sukarela
|
pesuruhjaya
|
Terdapat juga golongan kata
tertentu yang telah lazim dieja bercantum.
Contohnya:
|
a. Kata nama
|
peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang
|
|
b. Kata adjektif
|
sukacita, dukacita
|
|
c. Kata sendi nama
|
kepada, daripada
|
|
d. Kata hubung
|
apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala
|
|
e. Kata tanya
|
bagaimana
|
Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan
penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja.
Contohnya:
|
Tunggal
|
Jamak
|
|
alat tulis
|
alat-alat
tulis
|
|
gambar rajah
|
gambar-gambar
rajah
|
|
balai raya
|
balai-balai
raya
|
|
kapal terbang
|
kapal-kapal terbang
|
|
Menteri Besar
|
Menteri-menteri
besar
|
|
suku kata
|
suku-suku kata
|
|
garis pusat
|
garis-garis
pusat
|
Penggandaan yang melibatkan bentuk yang
telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
|
Tunggal
|
Jamak
|
|
pesuruhjaya
|
pesuruhjaya-pesuruhjaya
|
|
warganegara
|
warganegara-warganegara
|
|
tandatangan
|
tandatangan-tandatangan
|
|
jawatankuasa
|
jawatankuasa-jawatankuasa
|
|
setiausaha
|
setiausaha-setiausaha
|
BAHAN BIDANG ILMU LAIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan